Wednesday, January 27, 2010

Ekspedisi Gunung Pine Tree New Year 2010

Expedisi Pemanas Tahun 2010

Pada 16 - 17 Januari yang lalu rakan2 across seramai 30 Orang telah ke Gunung Pine Tree Terletak di Bukit Fraser Pahang, Cadangan yang pada awalnya ke Gunung Ulu Sepam juga di Fraser Terpaksa Ditukar memandangkan Kapasiti Campsite yang x mencukupi...

Serbuan Fajar Subuh
Jam 3 Pagi serbuan Fajar di Lakukan bergerak dari Bangi dan berkumpul di Rawang, 5 biji kereta dari Bangi & 2 dari Shah Alam.
Kami Tiba di The Gap Fraser pada pukul 8 pagi...cuaca baik tetapi sedikit berkabus...
Setelah bergambar dan membahagikan Tshirt across Apple Green Jam 9 Gate di Buka..

10 Pagi - Memulakan Trekking dengan senam dan memohon keberkatan ilahi oleh wan Q
Keadaan trek amat cantik...kira macam highway juga...siap dengan tangga dan tali lagi...
Menuruni bukit yang bertangga bukannya mudah malah menyakitkan lutut akibat hentakan pada simen berbanding tanah!
11.00 Pagi - Melihatkan kawan 2 baru kita dari Shah Alam Nuar & The Geng..yang agak kepenatan, dimaklumkan pertama kali naik gunung, Jadi rakan2 yang memang setia menunggu Paan dan Ikmam pasti akan back up dari belakang..
TerLihat Sherpa Gunung
Dalam masa kira2 2 jam trekking baru kami perasan ada seorang Sherpa Gunung mengikut laluan yang sama cuma kelibatnya tidak kelihatan memandangkan dia dihadapan kami..Cuma dari warna kulit dan perwatakannya ada iras - iras bau2 bacang seperti nepal gitu...
muatan barangan yang dibawanya agak banyak...ini lagi menyukarkan kami menegurnya..jadi kami ambil keputusan untuk menunggu saat ketika masa yang sesuai bagi menyapanya...

Perjalanan masih kami teruskan berbekalkan Sepotong Kek, Sumi Dan Buah Epal yang dibekalkan kami perlahan2 berjalan akhirnya kami tiba di Checkpoint/last waterpoint tempat bermalam kami malam ini...

Sherpa Dikenalpasti
Sebelum itu Kira2 100 Meter sebelum campsite Kami berpeluang mengenali Sherpa tersebut akibat beg tersangkut pokok tumbang...akhirnya telah dikenalpasti mamat tadi rupanya Hadi yang membawa Beg Nikko Old Scholl Made in Korea, Jadi beg ini digunakan untuk pendakian jenis Alpin 15 Tahun dahulu..mmg antik beg mamat nih...

Di Kem...Sajian Ayam Goreng, Sayur Lemak dan Sambal Belacan menjadi santapan..chef kami pada hari ini adalah Imah...thank yer...

Ke Puncak hingga Ke Malam
Jam 4 Petang kami Bergerak dari Kem ke Puncak Pine Tree..dan Twin Peak..Tiba Sekitar Jam 6 petang..Pemandangan Sekitar dapat melihat Gunung Rajah, Ulu Semangko, Liang Timur Barat..
Jam 7.00 Kami mula turun setelah bergambar dan tiba di kemsite jam 8.30 Malam...
Sampai di Kemsite Makanan telah tersedia.
Jam 10.00 Malam - Angin mula membadai Kem kami..kebanyakan peserta mula memasuki khemah...melainkan 10 orang yang nekad tidur di Fly...suhu sejuk dan hujan renyai turun hingga ke pagi....walaubagaimanapun kalau dah penat..tidor jugak..

Bertolak Pulang
7.00 Pagi - Bangun dan menyediakan sarapan...
Jam 10.30 Pagi kami bertolak pulang dan tiba di parking kereta jam 2 tghari....Jam 6 petang setelah makan tengahari, penyampaian sijil dan round2 fraser...kami pulang menuju ke K.L..

2 comments:

N.A. Rahman said...

Salam.

Tahniah kpd semua yg berjaya mengharungi pendakian kali ini. Cuma aku tak dapat ikut sebab ada hal yang perlu diselesaikan. Menarik gak aku dengar cerita Fitri yg ikut xpdc ni. Aku dibagitau yg dia mcm biasa slalu ketinggalan kat belakang masa pendakian sbb syok ambik gambo pokok. Walaubagaimanapun, masa tgh syok2 amik gambo pokok sorang2, tiba2 ade call dari pihak Fraser Hill bgtau suruh brhati-hati sbb ade penemuan tapak kaki binatang buas, mungkin 'Maybank'. Terus dia cepat2 kejar org kat depan. haha...

Across Adventure Club said...

Haha...Nasib baik fitri inform kami yang dah kat depan ni untung juga org jalan belakang..ada line telefon..

Post a Comment | Feed

Post a Comment



 

ACROSS Copyright © 2009 Premium Blogger Dashboard Designed by SAER