Packing
Packing Barang, Bunyinya mudah bukan, namun percayakah anda pendaki yang senior lebih 10 tahun pengalaman dan dah berpuluh gunung pun masih lagi gagal dan kurang tepat teknik packingnya. Ini kerana ‘Packing Adalah Satu Seni’ ‘Packing Is An Art’. Jika anda berkesempatan bertemu dengan pendaki atau penggiat rekreasi lihat bagaimana mereka Packing beg. Setiap orang mempunyai kaedah berlainan dalam hal ini. Ada yang main sumbat sahaja barang mereka, ada yang membalut setiap barang dengan plastik, ada yang meletakkan barang dalam plastik besar, tak kurang juga yang x tahu bagaimana nak mulakan packing mereka terutama saat buntu di waktu pagi..keluar..masuk..keluar..masuk..dan yag paling popular teknik mencantikkan haversacks menggunakan Sleeping Mat digulung bentuk bulatan dan barang diletakkan di dalam sleeping mat tadi…tadaaa!! Hasilnya sebuah beg yang kelihatan mantap terbentuk..tetapi kaedah tersebut adalah kaedah yang salah serta merugikan ruang didalam beg, ini kerana jika anda perlukan sleeping mat maka anda perlu membongkarkan semula beg anda. Mari kita lihat perkara – perkara yang perlu diperhatikan saat mem – packing beg anda :
Faktor Berat
Tempatkan barangan atau peralatan yang berat dibahagian atas..barangan paling ringan dibahagian bawah, sebabnya adalah supaya beban yang berat tadi terarah di bahagian bahu..bukan pada punggung atau pinggang, keseimbangan juga perlu diperhatikan, pastikan berat seimbang dikiri dan kanan beg anda.
Faktor Penggunaan Barang
Barangan dan peralatan logistik yang mudah dipakai diletakkan di bahagian yang paling mudah diambil, Kelompokkan barang atau alatan tadi mengikut timing/masa penggunaan, misalnya sleeping bag, pakaian tidur diletakkan dibahagian yang paling bawah sekali, Ini kerana penggunaannya pada malam hari, pakaian ganti pula diletakkan diatasnya,kemudian peralatan memasak dan barang makanan, khemah, ground dan flysheet pastikan diletakkan dibahagian paling atas kerana ia barang permulaan untuk mendirikan Base Camp, paling baik jika setiap barang ini diletakkan dalam satu bungkusan mengikut kumpulan.
Faktor Efisyen
Gunakan setiap ruang yang ada dalam beg mahupun ruang kosong, messtin, gelas atau bekas yang kosong baik diisikan dengan item2 yang kecil supaya dapat menjimatkan tempat, juga buanglah setiap kotak makanan yang tidak perlu dan tanda dengan marker untuk memudahkan kita mengenal kembali barang tersebut, jangan nanti gula menjadi garam dan minyak menjadi air teh..perkara ini kerapkali berlaku. Pastikan juga anda 'Transfer' segala bahan berbentuk cecair seperti kicap, sos dll dari botol kaca ke botol plastik ini untuk mengurangkan risiko kerosakan bahan tersebut. Dengan kaedah ini kita bukan sahaja dapat mengurangkan berat malah dapat juga mengurangkan sampah.
Faktor Pembahagian Berat mengikut kecerunan
Faktor pembahagian berat yang betul merupakan hal yang perlu menjadi perhatian kita, pada laluan yang landai,barangan yang berat ditempatkan dibahagian atas dekat dengan kepala, barangan yang beratnya sederhana diletakkan di dua bahagian iaitu dibahagian tengah ( dekat punggung ) dan di bahagian atas luar menutup bahagian berat. Item yg ringan diletakkan dibahagian tengah luar.
Pada Laluan yang curam barang yang sederhana berat diletakkan diletakkan di bahagian atas, barangan yang berat diletakkan dibahagian punggung dan pinggang, bahagian yang paling ringan diletakkan pada bahagian luar menutupi barang yang paling berat. Pada ke dua jenis aturan ini Sleeping bag diletakkan dibahagian bawah sekali.
Packing Makanan
Packing makanan perlu dilakukan mengikut jadual penggunaannya, kumpulkan makanan mengikut masa kegunaannya, sarapan pagi, tengahari, malam pada bekas yang berbeza, ini sangat membantu saat berhenti di pertengahan perjalanan dan tak perlu membongkar kesemua beg untuk menemukan makan siang kita. Hal yang amat penting juga pastikan membungkus kesemua peralatan dengan plastik walaupun cuaca perjalanan di musim panas, udara lembab gunung akan membuatkan pakaian dan sleeping bag kita basah.
Nota T & A :
* Pastikan anda mengenali ration atau barangan anda sebelum di packing.
* Pastikan benda tajam dibalut dan diletakkan diposisi selamat.
* Cuba elakkan untuk menggantung barangan, terutama messtin dan selipar diluar beg.
* Masukkan barangan mengikut kumpulan dan letakkan didalam plastik.
* Pakai rain cover, kalau tiada usahakan degan menggunakan plastik sampah/terutama dikawasan berselut dan dihari hujan.
* Jangan sesekali letak beg anda dan biarkan terbuka dikawasan semak ( selalunya di campsite ) anda pasti tidak mahu membawa binatang peliharaan liar kerumah atau semasa trekking, pastikan anda juga membersihkan bahagian dalam beg dari habuk sblm trekking.
* Ambillah masa sekurang – kurangnya 30 minit untuk packing beg anda, tiada salahnya packing beg sehingga 1 jam sekali pun asalkan anda selesa dan berpuas hati, kerana anda akan menempuh perjalanan yang jauh, memakan masa dari pagi hingga ke petang yg selalunya pada ekspedisi pendakian.
*Penulis menggunakan perkataan beg dirujuk sebagai Haversacks/Rucksacks