Wednesday, September 3, 2008

Merdeka 08 Di Gunung Pine Tree

Sambutan Kemerdekaan di Gunung Pine Tree Hill, Bukit Fraser, Pahang

Perjalanan kami bermula apabila semua peserta berkumpul di Rumah Altitude, Sg Tangkas…Semua peserta kelihatan girang sekali..Zaki dan Siti dari Shah Alam awal – awal pagi lagi telah tiba sekitar jam 6.30 pagi, pada jam 7.00 Ros dan Afeeq tiba..Apabila kenderaan semua sudah mencukupi kami pun bertolak menuju ke Fraser Hill…Sebelum itu kami singgah mengambil Apek dan Yana di Shell Sg Ramal, Kajang…

Ikutilah Catatan Pengembaraan kami di Gunung Pine Tree Hill.....

Day 1 – 30 Ogos 2008 – Sabtu

8.30 pg Kami Bertolak dari Kajang ke Fraser Hill
10.30 Pg – Kami Tiba di Kuala Kubu Baru, berhenti membeli barang sambil sarapan pagi di pasar pagi disana, jam 11.30 pg kami terus bergerak menuju ke Bukit Fraser. Batu penanda jalanraya menunjukkan lagi 35 Km ke bukit fraser…

12.20 Tgh – Kami tiba di The Gap, walaubagaimana pun laluan di tutup sementara, maklumlah jalan sempit harus bergilir memberi laluan kepada pengunjung diatas bukit untuk menuruninya terlebih dahulu, pukul 1.00 baru laluan dibuka untuk naik ke atas, dengan masa lapang 30 minit kami sempat mengambil peluang bersiar – siar dan mengambil gambar di rumah rehat/ pejabat pegawai daerah D.O zaman kolonial British, tetapi kini di baikpulih untuk dijadikan Pusat Pelancongan. Pada masa ini dua pengkaji tumbuhan saudara Nik dan Fitri telah memulakan tugasan mereka.

1.00 Tgh – Laluan dibuka untuk keatas batu jalan menunjukkan lagi 9 Km ke atas.
3.00 ptg - Kami Tiba di kaki Gunung Pine Tree..perjalanan dimulakan dengan sedikit taklimat Ringkas dan senaman oleh wakil altitude iaitu along..selesai bacaan doa oleh saudara nik, kami memulakan perjalanan..

3.00 – 6.30 Ptg – Perjalanan dimulakan dengan menemui beberapa spesis anaphora iaitu spesis Balanophora fungosa yang jarang ditemui dan hanya terdapat di kawasan tinggi dan dipercayai dalam kategori sama seperti Rafflesia..ketika ini saudara Nik dan Fitri berpeluang melihat dan mengambil gambar secara ‘life’ untuk kajian mereka…begitu juga dengan kawan – kawan lain yang dapat mempelajari sesuatu daripada mereka mengenai tumbuhan ini..

Setelah melalui 4 pondok maka barulah kami menemukan papan tanda 4 KM perjalanan menunjukkan baru 1 Km kami berjalan sedangkan terasa jauh perjalanan kami..Syam mula menunjukkan tanda kekecewaan apabila langkah kaki yang terasa begitu jauh cuma berjaya melangkah hanya 1 KM dalam masa 2 jam. Selepas mendaki 3 bukit akhirnya kami melalui tepi lereng dan menuruni bukit yang agak memacak sebelum menemukan Corner ‘U’..yang menandakan perjalanan kami ke CP 1 waterpoint semakin hampir. Pukul 6.30 semua tiba di CP 1.. Afeeq serta Shahir tiba awal kira – kira jam 5.30 disitu..

Selepas Makan petang dan pekena Kopi aik Guan kami memulakan perjalanan kepuncak kira – kira jam 7.00..peserta dinasihati supaya berhenti pada waktu maghrib seketika bagi menghormati waktu tersebut.

8.00 Mlm - Kami tiba dipenghujung tebing di puncak dengan keadaan trek memacak hampir 90 darjah dan ketinggian hampir 20 meter.. mujur rakan – rakan telah standby membantu mengangkat beg di kawasan tersebut..kabus tebal menyukarkan lagi penglihatan kami..namun Alhamdulillah semua selamat..

10.00 Mlm – Menu sup ayam, telur dadar dan sayur goreng menjadi pemanas badan kami pada malam itu…Peserta menanti saat merdeka masing – masing didalam khemah tepat jam 12.00 Mlm - Laungan kemerdekaan mula kedengaran..terasa bangga di hati dapat mendaki gunung dan bertemankan alam…walaupun bunyian percikan bunga api tidak kedengaran tetapi bunyian letupan bunga api kedengaran didalam khemah hingga ke pagi..Kroahh…Krohh..krohh masing – masing..mungkin agak kepenatan. Suasana sejuk membuatkan semua nyenyak. Kecuali Din yang berjaga malam pada waktu itu…



Day 2 – 31 Ogos 2008 – Ahad

7.30 Pg – Kek pisang dan milo ‘o’ menjadi sarapan kami pada waktu ini..

8.00 Pg – kami memulakan perjalanan ke Puncak Twin Peak…Setelah tiba disana, kami bergambar kenang – kenangan sambil menikmati pemandangan berlatarkan banjaran Titiwangsa, sayup kelihatan juga pada masa itu adalah Gunung Liang Timur dan Barat dan Gunung Ulu Semangkok…

10.00 Pg – kami meneruskan perjalanan ke Pine Tree…Kami tiba di pine tree dan terus mengambil beg menuju ke CP 1

12.00 Tgh - Kami Tiba di CP 1, kelihatan Afeeq, Apek dan Shahir telah siap memasak nasi untuk makan tengahari, menu nasi lemak nescafe o menjadi hidangan kami pada waktu tersebut.

1.30 Tgh – Peserta berangkat pulang, Along dan Zaki terakhir meninggalkan CP tersebut, Sebelum pulang sampah sarap perlu dikumpul dan dibawa pulang… perjalanan pulang juga mencabar, Pada 3.30 – 4.00 Ptg – Alhamdulillah semua peserta selamat tiba di Pintu masuk Pine Tree.

7.00 Mlm – Petang pada waktu balik kami sempat berhenti melihat Empangan Pertak Kuala Kubu empangan yang dikelilingi bukit – bukau…pemandangan begitu cantik berlatarbelakangkan awan merah.

10.00 Mlm – Semua peserta tiba di Kajang dan bersurai.

Thanks to all participants : -

Zaki & Siti, Apek & Yana, Ros, Afeeq, Din, Shahir, Hisysam, Fitri Dan Nik

1 Comment:

MRVIRUSXXX said...

hahahaha...din x boleh tdo la...die cirit birit 2..abis trek die buang sisa....nasib baik x terkena..hahahahaha

Post a Comment | Feed

Post a Comment



 

ACROSS Copyright © 2009 Premium Blogger Dashboard Designed by SAER