Tuesday, October 28, 2008

Eksplorasi Chilling Waterfall

Eksplorasi Chilling Waterfall & Lawatan Ke Santuari Ikan Kelah

Setelah berpuasa dan menyambut Aidilfitri, Altitude Adventure dalam siri ACROSS
( Adventure Community Recreation Series )
kembali lagi, aktiviti yang diadakan kali ini berbentuk santai dan sebagai warming up setelah menambahkan lemak berlebihan pada musim raya yang lalu..ikuti catatan perjalanan kami ke Sg Chilling Waterfall…………

Day 1 – 25 October

11.30 pagi - Semua peserta tiba di sanctuary ikan sg chilling, sejurus tiba kami semua melaporkan diri di pejabat perikanan, awal – awal lagi khemah telah didirikan oleh trio perempuan yang sudah tiba lebih awal dari yang lain...setelah sesi taklimat ringkas diadakan peserta mengemaskan barang kedalam khemah..

12.30 Tgh Cuaca hari ini amat baik berbanding kelmarin dan sepanjang minggu yang lalu, boleh dikatakan setiap petang akan hujan, walaupun agak khuatir namun perjalanan diteruskan juga ke waterfall sg syilling. Keadaan trek pada mulanya berbatu dipenuhi resam dengan laluan berair bersebelahan sungai.

1.00 – Setelah melintas 2 sungai kami bertemu Mr Viji dan Mr Nordin, Pegawai Perikanan yang sedang memberi makan kepada ikan - ikan..sungguh asyik melihatkan libasan ikan di air dan kerumunan ikan yang jarang sekali dapat dilihat selain di santuari sahaja, ikan yang adalah dari spesis tengas, lampam dan kelah..tapi awas ! ikan disini dilarang sama sekali untuk dipancing. Hampir kira – kira 20 minit kami disitu dan Fitri makin lama makin kedalam air untuk ambil gambar ikan sesekali dia ditenung oleh Mr Viji….

1.30 – Melintas 5 sungai membuatkan kami kebasahan, lebih-lebih lagi pada sungai yang lintasan separas pinggang, batu – batu licin di dalam air juga kadang – kadang membuatkan kami hampir terjatuh namun semangat berpasukan yang membuatkan kesemua lintasan sungai dapat diharungi.

1.45 – Sejurus melalui gua batu tindih, akhirnya kami tiba di air terjun sungai chilling, keadaannya begitu memukau dengan disertai desiran air terjun membuatkan hilang segala penat yang kami lalui tadi.Tanpa berlengah apa lagi mandilahh!!…Puas bermandi manda sambil Din tolong bancuh kopi peket dan biskut kering, Syam dan Joe kelihatan dari tadi dalam air, kelihatan Nik dan Fitri duduk di gigi air sambil perhatikan gelagat perempuan2 dari UPM ni yang duduk bertapa atas batu agaknya.

3.30 – Jam menunjukkan pukul 3.30 petang kami berkemas dan sambil bergambar beramai – ramai buat kenangan, setelah lokasi dibersihkan seperti sediakala kami pun mula bertolak pulang.

4.30 – Semua peserta tiba di Campsite, Setelah membersihkan diri kami bersiap untuk makan malam...Kelihatan Syam dan Joe mula mengepam pelampung.

8.00 – 10.00 - Nasi Tomato dan Ayam masak merah menjadi hidangan kami malam ini. Peserta makan beramai2, macam makan nasi ambang. Selepas makan malam sesi BBQ pula…sambil berbarbeku peserta saling beramah mesra dan berkenalan.

11.00 Mlm – Aktiviti bebas..


Day 2 – 26 October

7.00 pg – Peserta kebanyakkan telah bangun awal pihak altitude pula dari awal lagi sudah bangun untuk menyiapkan sarapan pagi dibantu oleh Aza, Akmar, Atikah.

8.00 – Selesai semua bersarapan, sesi Water confidence dan Tubing diadakan. Sesi ini bukan bertujuan untuk suka – suka, tetapi menguji tahap keberanian dan keyakinan yang ada dalam diri peserta. Sesi ini di bantu oleh Joe dan Paan yang bertindak sebagai ‘Water Guide’.

11.00 – Peserta mula berkemas dan kami berkongsi rasa mengenai program ini.

12.00 – Sesi bergambar dan peserta pulang. Kita jumpa lagi dalam program akan datang….

Thank to all supportive and Cooperative participant :
Afeeq, Din,Syam, Paan, Joe,Nik,Fitri, Aza, Atikah, Akmar
( Sweet memory there belong to us only )

2 comments:

MRVIRUSXXX said...

ni pertemuan yg x boleh d lupakan..first time dapat memancing ikan kelah....2 la...dah kata kan..jgn usik..nanti ada benda lain dtg...tgk2...ada yg dah jumpa...thanks to u along

Across Adventure Club said...

Tq syam for supporting us..shhhhh pasal Kelah jgn cakap kuat2...

Post a Comment | Feed

Post a Comment



 

ACROSS Copyright © 2009 Premium Blogger Dashboard Designed by SAER