Tuesday, January 6, 2009

Ekspedisi Gunung Bunga Buah

Ekspedisi Gunung Bunga Buah Genting Hingland Pahang 1430m


Pada awal tahun baru 2009, Adventure Community And Recreation Series ( ACROSS ) telah menganjurkan New Year With Nature Program pada 3 - 4 Januari 2009 di Gunung Bunga Buah 1430M, Genting, Pahang. Program yang diadakan ini diikuti oleh 21 orang peserta. Gabungan ahli baru dan lama. Ikuti catatan ekpedisi mendaki kami Expedition Leader kali ini adalah Along dan CO Hari :

Day 1 – 3 Jan 09

9.30 – 11.00 Pg – Kami Tiba di Seri Malaysia Genting Highland…Hujan mulai turun dengan lebat…di Kuala Lumpur hujan mulai turun sejak jam 6.00 pagi lagi. Kedinginan mula menusuk tubuh dengan hujan disertai angin yang agak sepoi2 dan sempoi.

11.30 pg - Kami bergegas berkumpul di kedai mamak berhampiran kalau x silap nasi kandar Genting, tersenyum lebar mamak muda dalam kaunter tu melihatkan kami. Ketua Ekpedisi memaklumkan kami supaya makan tengahari terlebih dahulu, sebelum program dimulakan.

12.15 tgh – Peserta mula berkumpul untuk agihan barang, t-shirt dan urusan urusetia, hujan masih tidak berhenti, peserta semua sudah bersiap sedia. Sambil menunggu kami melakukan stretching dan bacaan doa serta taklimat ekspedisi oleh Ketua Ekspedisi.

1.00 tgh – Perjalanan dimulakan dengan melalui jalan di belakang Hotel Seri Malaysia, hujan masih juga turun pada waktu ini tetapi keadaannya agak renyai2. Nasib baik inisiatif peserta menggunakan plastik sampah sebagai baju hujan dan rain cover dan siap ada yang full cover badan beg semua pun dicover.

1.00 – 2.30 ptg – Perjalanan menyusur jalan tar dan kawasan kuari, peserta mula nampak kepenatan dan mungkin masih dalam proses ‘tuning’. Along, Paan, Din dan Syam agak tertinggal dibelakang mungkin kerana muatan yang terlalu berat dan faktor trek yang licin. Setelah menyusuri jalan tar kami tiba di kawasan berpaya dengan kedalam hampir 1 meter sepanjang 100 meter. Setelah itu kami melalui jalan berbatu dan berair disamping paku pakis yang tumbuh meliar di kiri kanan jalan. Kami tiba ke kawasan pemandangan dan dapat melihat Gunung Bunga Buah yang kelihatan sayup serta berkabus. burung – burung banyak kelihatan pada waktu ini mungkin kerana hujan yang telah berhenti antara spesis yang berkesempatan untuk dilihat adalah maroon oriole/ Bee eater, Narcissus Flycatcher, Murai. Malangnya kelengkapan Binocular tidak dibawa, terasa rugi dan menyesal kerana tidak dapat melihat dengan lebih dekat keindahan ciptaan yang Maha Esa.

2.30 ptg – Kami tiba dipintu rimba , berehat sambil membuang pacat2 di badan, dan seperti biasa memang dipintu rimba banyak pacat..So hadapilah aje dengan tabah..

3.00 ptg – Kami meneruskan perjalanan dengan terus mendaki dua bukit terlebih dahulu, trek agak licin dan berselut,menyukarkan kami untuk mendaki. Setelah 20 minit berjalan, Ketua Ekspedisi injured akibat terseliuh kaki walaubagaimana nasib baiklah ada kawan2 yang membantu ( paan, ros, fitri dan Ikman ) perjalanan diteruskan kira – kira 30 minit selepas itu.

5.30 ptg – kami tiba di Rock Garden, Trek berbatu disana agak licin, dengan cuaca yang agak sejuk dan berangin. Kami berehat untuk minum petang. Teh O dan Pack makanan yang dibekalkan menjadi makanan kami pada petang itu.

6.30 Ptg – Kami mula bergerak menuju ke puncak. Suasana mulai gelap jadi semua peserta diarahkan ‘Standby’ lampu suluh dan berjalan didalam kumpulan.

8.00 mlm – Semua tiba dipuncak dalam keadaan selamat. View dipuncak pada malam itu antara yang paling terbaik pernah dilihat, pemandangan seluruh Kuala Lumpur hinggalah ke Pelabuhan, Putrajaya, dan juga lampu rumah api dan kapal2 di pelabuhan Klang.

8.00 mlm – Chief Expedition dan krew – krew memulakan sesi memasak, dibahagikan beberapa bahagian untuk memasak, maka terbentuklah Department Nasi ( Afeeq, Din, Shahir, Aza, Jun ), lauk ( Along, Akma, Atikah), sup dan air ( Ros, Awie, Hamamah ) dan BBQ ( Wan, Hadi, Ikmam, Nuruddin,Fizreeq, Hariri dan Paan ) cleaning department ( Syam dan Timah ) Food Tester ( Hari ). Malam itu kami dihidangkan dengan menu Nasi Ayam Hainan dan BBQ Sate serta sirap pandan.

12.00 mlm – Semua peserta mula menyelimutkan diri….apa lagi yang nak di buat dalam keadaan sejuk malam2 ni….ZzzzZZZzzzZZz

Day 2 – 4 Jan 09

5.30 pagi – Peserta ada yang sudah bangun awal, mungkin kerana kesejukan dan x lena tidur, khairul semalaman sentry di Tempat BBQ...

6.30 pagi – Peserta menunaikan solat.. dan mula mengambil gambar view pagi, disamping mengambil kesempatan beramah mesra sesama mereka. View pada awal pagi agak baik, tetapi dalam jam 8.00 pagi puncak mula ditutupi kabus tebal.

8.00 pagi – Sarapan Pagi disiapkan oleh Awie dan Jun, menu pada pagi ini Nescafe, Nasi Goreng, Roti Hotdog dan Sandwich. Semua makanan yang disediakan ‘Sold Out’ dan siap dibungkus sebagai bekal.

9.30 pagi – Peserta mula berkemas dan bersiap2 untuk Group Photo Session, kumpulan di bahagikan mengikut warna baju, dah macam hari sukan pun ada sekali tengok.

10.30 pagi – 11.00 pagi – Selesai sesi bergambar, peserta mula membersihkan kawasan perkhemahan,’ Leave No Trace’ selepas bacaan doa kami mula turun dari puncak.

12.00 tgh – Semua tiba di Rock Garden, Syam dan Din yang pada hari pertama berjalan paling belakang, laju pada hari ini diikuti Gadis2 UPM.

2.30 ptg – Peserta tiba di Pintu Rimba

5.00 ptg – Semua tiba dengan selamat di Hotel Seri Malaysia kami bersiap2 untuk pulang

7.00 – 7.30 - Taklimat penutup ringkas dan peserta pulang dengan menaiki bas ke Kajang.


Special Thanks to all Team Members:

Afeeq, Din, Syam, Paan, Nik, Fitri, Aza, Atikah, Akma, Jun, Timah, Hamamah, Awie, Ros, Ikmam, Hadi, Shahir, Fizreeq, Nuruddin, Khairul, Hariri

See you in the next program!!!

0 comments:

Post a Comment | Feed

Post a Comment



 

ACROSS Copyright © 2009 Premium Blogger Dashboard Designed by SAER