Sunday, December 27, 2009

Rawatan dan Petua Ikhtiar Hidup 1

Rawatan dan Petua Ikhtiar Hidup ( 1 )

Bayangkan satu masa anda berada dalam situasi kecemasan dan memerlukan rawatan asas. Sakit –sakit biasa memang selalunya akan berlaku x kira masa , senak perut, gatal gatal, pitam, batuk itu semua adalah perkara biasa yang perlu dilalui oleh mereka yang bergelar ahli rekreasi. Dalam tips and advise kali ini kita akan melihat bagaimana suasana persekitaran dapat membantu permasalahan ini -

Batuk/Lelah
Paling baik ialah sediakan ubat batuk dalam emergency/first aid kit, jika tiada minum air rebusan pokok belimbing, bahan yang direbus daun, buah dan bunga air rebusan daun sirih juga boleh digunakan, jika dirumah amalkan minum madu lebah dicampur air suam.

Demam Panas
Jika dihutan kita boleh menggunakan bayam hutan atau dipanggil Bayam peraksi, keseluruhan pokok dan akar direbus dan diminum. Khusus untuk demam malaria ialah air dari pokok kaduk, Demam panas dapat diatasi dengan meminum air tirisan dari pokok Ara Sengal. Jika dikampung – kampung kebiasaannya daun sirih bersama buah pinang muda dihancurkan bersama air dan di jaram di kepada. Satu kaedah lain adalah menggunakan perahan daun bunga raya dan butir beras di sapu di bahagian kepala. Demam Kepialu ulam pegaga ditumbut hingga lumat disapu pada dahi.

Pitam
Bagi anda yang menghadapi masalah ini tundukkan kepala kebawah supaya darah dapat turuncepat ke kepala. Jika berlarutan cuba makan daun terung pipit yang terdapat di kawasan yang terdedah kepada matahari.

Sakit Kepala
Ambil beberapa biji limau nipis, potong dan gosokan di seluruh bahagian kepala , biarkan selama 1/2 jam insyaAllah hilang sakit kepala

Terkena atau Terpijak Paku Berkarat
Ambil segera sebiji bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam minyak dan panaskan di atas api,apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari.Insyaallah baik.

Gatal – gatal
Rasa gatal dibadan dapat dikurangkan dengan lumuran serbuk garam, minyak kelapa juga berkesan jika dilumurkan. Rasa gatal dibadan biasanya disebabkan miang buluh, rengas dan jelatang juga serangga2. Petua terkena miang buluh ialah sapukan dirambut anda.

Sakit Perut / Cirit - Birit
Masalah ini boleh diatasi dengan meminum air rebusan daun Jambu Batu, boleh juga dimakan mentah Jika terjumpa pokok kemunting makan buahnya secara mentah Cara lain adalah dengan menggunakan arang dari kayu api, ambil arang sebesar hujung jari telunjuk tumbuk hingga menjadi serbuk kemudian dimakan mentah atau diminum dengan air, kaedah ini juga untuk membuang bahan beracun didalam badan contohnya terminum racun diminum arang serbuk ini dan muntahkan kembali. Tulang binatang atau tulang ikan boleh digunakan utk menyembuhkan cirit birit tumbuk tukang hingga menjadi serbuk telan sebanyak 1 sudu.

Sembelit
Minum air dengan banyak untuk memulihkan kembali masalah itu

Melecur
Jika kulit melecur terkena bara api atau terbakar, segera sapukan ubat gigi. Marjerin juga boleh digunakan, jika terkena air panas sapukan sabun mandi sehingga hilang sakitnya.

Luka
Luka – luka kecil boleh dirawat dengan menampalkan daun senduduk yang telah dikunyah. Daun Rumput Jepun dan Daun Bunga Tahi Ayam juga boleh digunakan dengan melumurkan daun itu kepada tempat yang luka. Pada luka yang besar layur diatas api dan tampalkan daun Bogor ke atas luka

Menahan Darah

Jika keluar darah akibat luka, lakukan salah cara seperti berikut :

- Tekan tempat yang berdarah dengan jari supaya darah disekat dari keluar hingga membeku jika luka besar rapatkan luka dan sepitkan sehingga darah membeku ( lebih kurang 15 minit )

- - Tabur serbuk kopi pada tempat berdarah

- - Tampalkan daun senduduk yang telah dikunyah

- Ambil getah dari batang pisang yang telah ditebang, lumurkan pada tempat berdarah

Setelah ikhtiar ini dilakukan maka balutlah dengan kain

Bengkak
Jika berlaku bengkak pada bahagian kaki atau tubuh yang lain cara merawatnya ialah dengan menggunakan daun pokok Bunga Tahi Ayam, daun dilumur pada bahagian yang bengkak

Sakit Gigi
Antara sakit yang amat menyeksakan kerana ia berkait dengan urat dikepala sekaligus membuatkan kepala anda berdenyut, cara mengatasi dengan berkumur pada air yang dicampur garam setelah 3 – 4 minit baru diluah, ulangi lagi sehingga terasa lega sedikit.

Sengatan Ikan berbisa
Masalah boleh diatas dengan meletakkan tempat yang disengat bedekatan api dan perah asam limau nipis di situ, menampalkan sabun di tempat yang disengat juga boleh membantu.

Sengatan Binatang Merayap
Sengatan Lipan dan kala jengking boleh diatasi dengan menampal akar pokok Saka Hitam yang dikunyah lumat, boleh juga sapukan tanah dimana tempat anda disengat selalunya berkesan pada sengatan tebuan tanah. Apabila terkena sengatan atau gigitan pastikan anda menenangkan diri dan tidak gelabah

ni kerana racun sengatan atau gigitan akan mengalir laju ke jantung sekiranya degupan jantung kencang ikatkan bahagian atas atau bawah yang menghala ke jantung bagi melambatkan racun.

' Setiap Penyakit Ada Penawarnya Kecuali Maut '

Nota : Tip dan petua ini hanya sebagai panduan, sebarang pengamalan diatas adalah tanggungjawab sendiri. Jika ada doktor berdekatan pastikan mendapat khidmatnya.

0 comments:

Post a Comment | Feed

Post a Comment



 

ACROSS Copyright © 2009 Premium Blogger Dashboard Designed by SAER