Sunday, December 27, 2009

Pembuka Kata Oleh Editor

Salam Ikhlas Pembuka Bicara
Salam Persahabatan...Along ucapkan kepada sahabat - sahabat sependakian diluar sana terutama sahabat Across yang benar2 supportive dalam menyatukan minat kita bersama. Rindu benar untuk 'ber outdoor' bersama kalian seakan kenangan pahit getir suka duka baru semalam kita lalui...Alhamdulillah sudah 8 program yang berjaya Across anjurkan pada sesi 2008/09 walaupun target 12 program setahun tetapi dengan kekangan masa dan wang ringgit sudah kira baik bagi kelab yang baru setahun jagung beroperasi..Ramai juga rakan yang bertanyakan ttg aktiviti terbaru...maaf kepada kalian...along sekarang terikat dengan perkerjaan terutama pada hari minggu..insyaallah kita akan buat 'reorganisation' balik dalam tempoh terdekat...Disini Along ingin berkongsi sejarah Across..buat pengetahuan semua sudah hampir 2 tahun Across ditubuhkan. Ide penubuhan pada 13 April 2008 semasa Along dan Rakan2..Afeeq, Din, Syam Sabah, Ros, Zaki & Hasmadi mendaki Gunung Datuk..Ide penubuhan tidak lain untuk menyatukan minat masyarakat dalam menghayati tujuan sebenar rekreasi disamping mendekatkan kita kepada ilahi...Diharapkan agar rakan2 dapat membantu Across agar menjadi Kelab yang mempunyai kualiti ahli yang mantap dan berupaya melahirkan ahli yang punya jatidiri dan spiritual yang mantap serta mengeratkan ukhwah persahabatan sesama kita..Moga dengan adanya blog ini kita dapat meluaskan jaringan rakan rekreasi kita dan sama2 membantu masyarakat dalam mengembangkan rekreasi dan gaya hidup sihat kepada masyarakat...ingat 'Adventure is About Togetherness And Friendship'... moga apa yang kita rancangkan ini diberkati olehnya...
- Along - Editor Sementara - Across Adventure Blog

0 comments:

Post a Comment | Feed

Post a Comment



 

ACROSS Copyright © 2009 Premium Blogger Dashboard Designed by SAER